SABAR LA HATI

aku tewas lagi. airmataku tumpah lagi. semalaman tak dapat tidur..denyut kepala semakin menjadi-jadi.. apakah dugaan ini tanda kasihnya Allah kepada hambanya?. Kebendaan dan kecantikan jadi kemistian?.

mc lg

tambah 4 hari lagi mc. pas fat chai baru gg opis. x tau la camne rupe bilik aku tu. Banyak keje menanti. dok rumah pun mcm keje juge, hari-hari org opis call. penting gak aku ye. Yang herannye officer nak wat keputusan pun tanye aku... aku bos ke? Kemarin 8.2.10 masukkan plasma kali kedua kat lutut. Kali ni cukup sakit dan bengkak. First dulu tak rasa sangat coz ubat bius masih ada lagi. Aku terima Qada dan Qodar tuhan/ Buku yang Kngah beri baca tu, sangat berkesan dijiwa ini. Tq adikku.. Terasa takut pulak inject kali ke3 pada 22/2/10.

Adik2, kwan2, ayhanda, mak, kakak2 ipar, semua dtang. Suami dan anak sentiasa ada disisi. Tandanya aku masih disayangi. Bila berumur ni, operate kali ni, rasanya berat skit walau hanya di lutut. Suami sentiasa menemani tidur bergilir dengan anak2. Seronok dapat keluarga yang sentiasa mengambil berat diri ni. 8 hari ku lalui di wad. Malam minggu aku balik bermalam dirumah dan pagi sok masuk balik wad. Sekarang masih bercuti sakit sehingga 8/2/10. boring juga duduk dirumah sorang2. Sakit operate belum pulih lagi. Bukan senang nak baik. Terfikir juga mcamana nak keje. msti berlambak kerja kat opis tu. Jalan tak sepantas dulu.

Belanja perubatan tu RM12,000.00. banyak tu, kalau bayar sendiri tu, mgnkin tk buat. Nasib la insurance cover. Doa ku panjat padamu Ya ALLAH, semoga aku cepat sembuh dan dapat menyempurnakan ibadat kepadamu dengan lebih sempurna lagi dan berbakti kepada keluarga yang amat aku sayangi selagi aku masih terdaya. Insyaallah!

DUGAAN DTG LAGI .. NAMUN AKU REDHA,,

Jumaat 22/1/10 petang, sakit sngat g kmc check, sakitnya smpai ke tulang punggung. buat x=ray dan blood test. Doc. syor bberapa plan termasuk operate kat lutut (punca kesakitan tu)masukkan plasma. kos sekitar rm750. tpi kene operate, Kos ni yang mahal/ Kalau boleh nak elak, duit jugak . Tahun 2007 dah abis rm7000. Nak operate lg. masih terasa ngilu dulu belum ilang lagi. Tapi apa nak buat.. jalan terbaik dan ikhtiar serta doa tak putus2 minta diberkati usaha ini dari Ilahi. Semangat dri suami, anak2 keluarga dan kawan2 buat aku berani,

pukul 9.00 mlm 25/1/10 maka masuk la wad. pukul 8.00 pg berpuasa dan 11 pg. operate. selesai pukul 3.00 ptg. Kalau dibanding dengan operate dulu, rasanya badan dah tak tahan dengan ubat bius tu. kuat sangat.